Mobile | RSS | Podcast | Hubungi Kami | Maklumbalas | Soalan Lazim (FAQ)

 Reset Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar Latar Belakang Tukar span Kecil Tukar span Pertengahan Tukar span Besar Tukar span Merah Tukar span Biru Tukar span Hijau Tukar span Hitam Bahasa Melayu Versi English  Google Membantu Terjemahan Bahasa Jepun  Google Membantu Terjemahan Bahasa Arab

                                                                                                                                                                                                                                  

Logo Selangorku

Kempen Alam Sekitar Di Bangunan Kerajaan

 

Rakyat > Acara/Kempen > Kempen Alam Sekitar Di Bangunan Kerajaan

 

kempen

 

 

PELAKSANAAN KEMPEN KESEDARAN KITAR SEMULA SERTA PENGURANGAN PENGGUNAAN BEG PLASTIK DAN POLISTERIN DI BANGUNAN-BANGUNAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

 

 

LATAR BELAKANG

 

1. Kempen Hari Tanpa Beg Plastik telah beriaya dilaksanakan pada setiap hari Sabtu di semua
pasaraya yang terlibat di Negeri Selangor dan sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan daripada semua pihak yang mana melibatkan pengusaha pasaraya dan pengguna di Selangor.

 

2. Lanjutan daripada itu, Kerajaan Negeri telah memutuskan untuk melaksanakan kempen ini di
bangunan-bangunan Kerajaan Negeri Selangor dengan penambahan beberapa kempen lain iaitu
kempen kitar semula dan kempen kesedaran pengurangan penggunaan elektrik.

 

3. Selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 1812011 yang diadakan pada 18 Mei 2011 dan disahkan oleh MMKN ke 1912011 pada 1 Jun 2011 telah menimbang dan meluluskan Cadangan Kempen Kesedaran Kitar Semula dan Pengurangan Penggunaan Beg Plastik dan Polisterin di Bangunan-bangunan Kerajaan Negeri Selangor.

 

4. Matlamat utama kempen ini adalah untuk memberi kesedaran kepada penjawat-penjawat awam di Negeri Selangor mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar dan meningkatkan kualiti alam sekitar.

 

 

ARAHAN KERAJAAN NEGERI

 

1. Kempen Bagi Mengurangkan Penggunaan Beg Plastik Dan Polisterin
Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar telah bersetuju untuk mengadakan Hari Tanpa Beg Plastik dan Polisterin secara berperingkat.

 

Peringkat pertama akan dijalankan bermula Julai 2011 sehingga Disember 2O11 di mana penggunaan polisterin dan plastik di gerai-gerai dan kafeteria di dalam bangunan-bangunan Kerajaan Negeri adalah tidak dibenarkan pada setiap Jumaat.

 

Peringkat kedua akan dijalankan pada setiap lsnin dan Jumaat bermula pada bulan Januari 2012
sehingga bulan Jun 2012.

 

Penyediaan makanan bagi program-program kerajaan hendaklah dibuat secara "buffet" ataupun
pembungkusan makanan hendaklah menggunakan bekas guna semula/bekas mesra alam sahaja.

 

2. Hari Kitar Semula Kertas Terpakai

Bagi memastikan kertas-kertas terpakai dapat dilupuskan dengan cara yang betul, Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar bersama-sama Bahagian Khidmat Pengurusan Bangunan SSAAS telah bersetuju untuk menganjurkan "Hari Kitar Semula Kertas" pada setiap Hari Khamis di Bangunan SSAAS.

Bagi memastikan objektif kempen ini dapat dicapai, semua jabatan di Bangunan SSAAS perlu mempunyai langkah yang strategik dalam mengumpul kertas-kertas terpakai pejabat masing-

masing untuk di kitar semula pada hari Khamis.

Hasil pembelian kertas - kertas terpakal oleh syarikat yang akan bertanggungjawab dalam mengutip kertaskertas terpakai ini boleh dimasukkan ke dalam Duit Kelab atau Duit Jabatan masing-masing untuk kegunaan semua ahli.

 

3. Kempen Kesedaran Pengurangan Penggunaan Elektrik

Kerajaan Negeri di bawah Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar sememangnya prihatin terhadap kos
perbelanjaan bagi penggunaan elektrik yang tinggi di Bangunan-bangunan Kerajaan Negeri.

Oleh yang demikian, langkah-langkah seperti berikut perlu dilaksanakan oleh semua jabatan di Bangunan-bangunan Kerajaan Negeri Selangor :-

 

- Pastikan semua peralatan elektrik termasuk lampu dan komputer hendaklah dipadamkan
sebelum meninggalkan Pejabat.
- Pastikan alat penyaman udara ( split aircond) ditutup sekiranya tidak digunakan.
- Menutup semua suis lampu dan pendingin udara semasa waktu rehat.
- Memastikan suis lampu dan pendingin udara di bilik pegawai sentiasa ditutup sekiranya tidak
digunakan.
- Menggunakan lampu jenis jimat tenaga (energy saving) sebagai ganti bagi lampu-lampu yang
rosak.
- Perlu memastikan pendingin udara sentiasa diselenggara mengikut jangka masa yang
sepatutnya.

 

 

 

TARIKH KUAT KUASA
Pekeliling ini berkuat kuasa serta-merta mulai daripada tarikh ia dikeluarkan.

 

PEMAKAIAN PEKELILING
Semua jabatan di bawah Kerajaan Negeri Selangor termasuk Peiabat-pejabat Tanah dan Daerah, Badanbadan Berkanun Negeri, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan (PBT), dan Anak-anak Syarikat di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor hendaklah melaksanakan arahan seperti yang tertakluk pada pekeliling ini.

 

KOLEKSI GAMBAR

kempen alam sekitar kempen alam sekitar

 

 kempen alam sekitar kempen alam sekitar

 

 kempen alam sekitar kempen alam sekitar

 

kempen alam sekitar kempen alam sekitar

 

 

kempen

 
 
Jumlah Capaian : 229994
 
Cetak versi format pencetak untuk halaman ini  Cetak halaman ini  E-Mel halaman ini kepada kawan  E-mel halaman Ini

 Laman Rasmi Darjah Kebesaran Negeri Selangor
Laman Web Menteri Besar Selangor
MES

Titah Ucapan

Ucapan Menteri Besar

Koleksi Bajet Negeri Selangor Direktori Pegawai SUK
Piagam Pelanggan Email SUK
PEMUDAH Intranet SUK

Video Selangor

Video

Foto Selangor

Foto

tvs

 

 

TV

rws Radio Web

rss podcast

Podcast

pdf

Penerbitan

Aplikasi

Mei 

Sistem Tender Online

2,777

Permohonan HPIPT

-

Bayaran Cukai Tanah

-

Sistem e-Tempahan

71 

Sistem e-PSK

42 

Sistem e-Kenderaan

Bil. Invois

1,300

Selesai < 3 Hari

78.3%

Maklumat lanjut sila klik sini

  0007308174 
Hari ini Hari Ini 463
Semalam Semalam 9490
Minggu ini Minggu Ini 35103
Minggu Lepas Minggu Lepas 27238
Bulan ini Bulan Ini 101968
Bulan Lepas Bulan Lepas 198903
Semua Keseluruhan 7308174

Jaringan Selangor Facebook Selangor  Twitter Selangor  RSS Selangor  Mobile Selangor  VideoSelangor  Foto Selangor 

Tarikh Kemaskini

Khamis, 20 Jun 2013

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Hak Cipta | Mengenai Kami | Bantuan | W3C | Peta Laman

 

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor
Telefon : 03-55447000 | E-mel : webadmin[at]selangor.gov.my

 

::Hakcipta © 2011 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan::
Laman Web ini sesuai dilayari oleh semua jenis pelayar web dan resolusi terbaik adalah 800x600 ke atas.
Penafian: Kerajaan Negeri Selangor adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.